- 1511: Alfonso de Albuquerque tiba di Melaka pada 10
Ogos dan membuat permintaan membina sebuah markas Portugis di Melaka
tetapi permintaanya ditolak oleh sultan. Selepas 10 hari dengan bantuan
pembelot dari kalangan pembesar dan orang dalam istana yang iri hati dan
dengki diatas pemashuran Tun Fatimah dan bimbang akan kedudukan jalur
keturunannya, pihak Portugis berjaya mengepung dan menawan Kota Melaka
pada 24 Ogos dan membina A Famosadalam tempoh enam bulan. Dengan penewasan
Sultan Mahmud Shah, pihak Portugis memerintah Melaka selama 130 tahun.
1513: Patih Unus Jawa, seorang pahlawan Jawa yang menjadi Sultan Demak di Sumatera menyerang Melaka.
1518-1519: Sultan Mahmud Shah telah mengerah
rakyatnya membina tembok tinggi mengelilingi Melaka dalam masa tiga bulan.
1521: Gereja St. Paul dibina oleh Kapten
Portugis yang bernama Duarte Coelho dan dinamakan "Our Lady of The
Hill", tetapi kemudiannya ditukar oleh pihak Belanda kepada tempat
persemadian bangsawan dan dinamakan "Gereja St. Paul".
1523: Sultan Mahmud gagal sekali lagi dalam penawanan Melaka.
1525: Laksamana Hang Nadim telah mengepung Kota
A Famosa. Pihak Portugis membuat catuan makanan dari Goa.
1526: Seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro
Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan yang
melindungi Sultan Mahmud Shah. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi
Selat Melaka ke Kampar, Sumatra.
1528: Sultan Mahmud Shah mangkat di Kampar,
Sumatera.
1537: Pihak Aceh menyerang pihak Portugis di
Melaka pada kali yang pertama.
1545: Buat pertama kalinya, Fr. Francis Xavier
tiba di Melaka. Pada keseluruhannya, beliau membuat lima lawatan ke Melaka
kerana hendak menjadikan Melaka sebagai pusat operasinya di Timur.
1548: Kolej St. Paul (St. Paul's College),
sekolah pertama di Melaka, dibina oleh St. Francis Xavier untuk orang Katolik
Portugis dan orang tempatan yang memeluk agamanya.
1551: Gabungan Johor, Japara dan Perak yang
mantap telah menawan Melaka dan mengepungnya selama tiga bulan.
1553: St. Francis Xavier meninggal di Pulau
Sancian berdekatan Canton, China dan dibawa ke gereja St. Paul selama sembilan
bulan persemadiannya sebelum mayatnya dibawa semula ke Goa, India.
1568: Johor membantu Portugis Melaka mematahkan
serangan Acheh. Acheh telah mengawal Selat Melaka selama enam puluh tahun.
1582: Pihak Portugis membantu Johor daripada
serangan Aceh, dan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah menjadi Sultan Johor pertama
yang melawat Melaka.
1587: Johor menyerang pihak Portugis secara
besar-besaran melalui serangan tanah daratan dan laut tetapi gagal sewaktu
angkatan pihak Portugis sampai dari Goa.
1588: Pelawat Inggeris pertama, Ralph Ritch telah tiba di Melaka.
Borgata Hotel Casino & Spa - Jeux City - JTM Hub
ReplyDeleteThe 시흥 출장안마 Borgata Hotel Casino & Spa is 시흥 출장샵 a five-star hotel and casino located 여수 출장안마 in New 경상북도 출장안마 London, England. The 김제 출장샵 property also features a full-service spa and