Sunday, 15 March 2015

Kesan-kesan kedatangan British ke Tanah Melayu

Kesan-Kesan Kedatangan Barat ke Asia Tenggara

Dasar imperialisme yang dilaksanakan oleh kuasa Barat ke atas negara-negara Asia Tenggara telah meninggalkan kesan yang mendalam dari segi politik, ekonomi, dan sosial.


Politik
Aspek pemerintahan dan pentadbiran yang dahulunya diterajui oleh orang tempatan telah diambil oleh penasihat dan pentadbir British. Perubahan dalam bidang pemerintahan oleh pentadbir Barat selari dengan pengenalan sistem perundangan Barat sesuai dengan anggapan mereka bahawa sistem pentadbiran masyarakat peribumi adalah ketinggalan zaman dan tidak sesuai dipraktikkan lagi. Ini dapat dilihat apabila banyak negara Asia Tenggara diperintah melalui secara lansung oleh pihak penjajah melalui sistem birokrasi yang dimonopoli oleh orang Barat. Bagi meningkatkan soal-soal agama dan adat istiadat, pemimpin tempatan dilantik semata-mata bertujuan bahawa, penjajah Barat masih lagi memerlukan dan menghargai kepimpinan mereka. Wujud persaingan antara kuasa-kuasa Barat dalam usaha mereka mendapatkan kawasan tanah jajahan baru lantas persaingan ini dapat diselesaikan dengan menetapkan kawasan pengaruh masing-masing supaya tidak tercetus peperangan di Asia Tenggara.


Ekonomi
Kedatangan kuasa Barat di Asia Tenggara telah merubah keadaan ekonomi negara yang dijajah. Di Tanah Melayu, kegiatan perlombongan dan perladangan getah telah dijalankan secara besar-besaran bagi memenuhi keperluan perkilangan di Britain. Manakala di Indonesia, Belanda telah memperkenalkan beberapa dasar Ekonomi yang hanya menguntungkan mereka seperti Dasar Kultur, Dasar Liberal, dan Dasar Etika. Dasar-dasar ini dilaksanakan dengan penuh muslihat sehingga menjadikan Belanda sebagai satu kuasa Barat yang kaya di Eropah. Tetapi masyarakat peribumi di Indonesia masih lagi mundur ditindas semata-mata untuk kepentingan pihak Belanda.

Bentuk ekonomi masyarakat Asia Tenggara bersifat sara diri telah berubah kepada sektor berorientasikan perdagangan dan eksport dengan pengenalan tanaman baru seperti teh, tebu, kopi, getah dan nenas. Sektor perladangan, perlombongan dan perindustrian juga telah diperkenalkan oleh pemodal Eropah yang mempunyai modal yang banyak. Banyak kawasan perladangan yang besar telah diterokai. Tenaga buruh telah dibawa dari China dan India bagi memenuhi permintaan tenaga buruh yang tidak mencukupi.

Masyarakat tempatan tinggal hanya di luar kota. British pula menumpukan pembangunan tanah jajahan mereka hanya di Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Manakala Sabah dan Sarawak, British hanya menumpukan perhatian di Bandar-bandar seperti Jesselton, Sandakan, Miri, Sibu dan Kuching. Selain memperkenalkan sistem ekonomi bebas, mereka juga menggalakkan kemasukan orang Cina dan India untuk memajukan negeri-negeri tersebut. Orang-orang Cina umpamanya menggunakan kemahiran teknologi yang diwarisi daripada negeri asalnya seperti pembangunan bangunan (Bandar), melombong dan pertanian. Kemahiran dalam bidang perdagangan memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan ekonomi di Bandar-bandar dan kawasan-kawasan sekitar;(Samri Sainuddin.:2003:64-65).

Sektor perlombongan bijih timah semakin berkembang pesat dengan pengenalan kaedah baru dalam perlombongan iaitu kapal korek yang mengeluarkan bijih timah dalam kuantiti yang banyak. Ekonomi tradisional penduduk peribumi yang bergantung kepada kawasan sungai sebagai alat pengangkutan telah terpinggir dengan pembinaan jalan raya dan kereta api. Pelabuhan tradisi negara-negara Asia Tenggara yang berpusat di muara sungai juga turut terpinggir akibat pertumbuhan bandar baru yang kemudiannya menjadi nadi penggerak kepada pembangunan ekonomi penjajah.

Wujud dua jenis ekonomi, ekonomi moden yang berorientasikan eksport dan ekonomi tradisional yang dijalankan untuk tujuan sara diri. Ekonomi moden dikuasai oleh imperialisme Barat manakala penduduk tempatan menjalankan ekonomi sara diri. Perkembangan ekonomi berdasarkan sistem matawang telah menyebabkan wujud jurang perbezaan antara sistem ekonomi tersebut. Pemerasan ekonomi yang dilakukan oleh imperialisme Barat ke atas masyarakat Asia Tenggara menyebabkan timbul keinginan masyarakat peribumi untuk membebaskan diri daripada belenggu penjajah. Penentangan dan kebangkitan masyarakat peribumi menentang penindasan politik, ekonomi, dan sosial yang dilakukan oleh imperialisme Barat dinamakan sebagai nasionalisme.


Sosial
Pendidikan Barat telah diperkenalkan oleh kuasa Imperialisme ke atas negara yang dijajah tetapi terhad kepada kawasan di bandar sahaja. Pendidikan Barat ini bertujuan menyediakan golongan pentadbir bawahan bagi mengisi jawatan rendah seperti kerani, juru kira, juru ukur dan juru teknik dalam sistem birokrasi moden yang diperkenalkan oleh kuasa Barat. Pengajarannya menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantaraan. Sekolah-sekolah mubaligh Kristian telah ditubuhkan bagi menyebarkan agama Kristian dikalangan penduduk peribumi di samping membenarkan sekolah jenis venikular berkembang.

Mereka yang mendapat pendidikan peluang masa hadapan yang lebih cerah dalam bidang kerjaya, tetapi bagi mereka yang mendapat pendidikan di sekolah-sekolah vernikular sukar mendapat pekerjaan. Sesetengah golongan rakyat tempatan pula terpengaruh dengan fikiran, budaya dan sikap orang putih sehingga mendewa-dewakan "orang putih" dan tamadun Barat. Kepincangan dalam sistem pendidikan ini telah memaksa kerajaan peribumi memperbaikinya selepas mencapai kemerdekaan. Pekembangan pesat ekonomi berorientasikan eksport telah menyebabkan buruh-buruh asing telah dibawa dari pelbagai negara bagi memenuhi keperluan tenaga buruh. Kedudukan buruh asing pula telah mengubah komposisi kaum di Asia Tenggara sehingga mewujudkan jurang yang ketara dengan penduduk peribumi akibat perbezaan agama, bahasa, budaya, dan adat. Dasar ini diburukkan lagi oleh kuasa Barat yang menjalankan dasar pecah dan perintah yang menghalang wujudnya perpaduan kaum


Kesimpulannya, orang Eropah memang suka berperang dan gemar menjadikannya sesuatu itu miliknya. Tidak ada setahun berlalu dalam sejarah mereka tanpa mereka berlawan, tanpa mereka berperang. Keamanan tidak bermakna tidak berlawan, hanya tiada perang yang rasmi. Dan oleh itu hari ini sekali lagi mereka berbelanja wang demi keupayaan peperangan mereka hanya untuk berada dalam keadaan sedia dan untuk menggerunkan orang lain. Sekali-sekala mereka akan melontar bom dan peluru untuk memuaskan naluri perang mereka

PENJAJAHAN BRITISH DI TANAH MELAYU

PENJAJAHAN BRITISH DI TANAH MELAYU


Kronologi British menguasai negeri-negeri selat
Kejatuhan Pulau Pinang ke tangan British pada tahun 1786 hanya melalui tipu daya Kapten Francis Light merupakan titik tolak kepada permulaan kolonialisme British di Tanah Melayu. Dalam membahaskan kesan kolonialisme terhadap struktur sosioekonomi masyarakat tradisional tempatan, penakrifan tentang kolonialisme harus dirungkaikan. Menurut Nadel dan Curtis, kolonialisme bermaksud imperialisme seperti dilihat daripada kaca mata penting penjajahan dan semua kolonialisme dimengertikan sebagai perkembangan imperialisme, tetapi bukan semua perkembangan imperialisme bererti kolonialisme. Secara am nya, kolonialisme bermaksud penindasan, penghinaan atau eksploitasi orang-orang peribumi. Oleh yang demikian, kolonialisme ialah bentuk penjajahan politik satu kuasa ke atas kuasa yang lainnya.
Perbincangan seterusnya tertumpu kepada persoalan siapakah masyarakat tradisional tempatan? Golongan ini merupakan penduduk awal yang mendiami Tanah Melayu iaitu orang Melayu dan mengamalkan sistem politik bersifat feudal dan mengamalkan ekonomi sara diri. Masyarakat tradisional tempatan mempunyai kehidupan sosioekonomi yang tersendiri sebelum kedatangan kolonialisme British. Justeru, perbahasan ini akan membincangkan kedatangan kolonialisme British telah memberi kesan kepada struktur sosioekonomi masyarakat tradisional tempatan. Kesan kolonialisme sebenarnya telah mengubah politik, ekonomi dan sosial masyarakat tradisional tempatan iaitu penguasaan oleh pihak British.
Kuasa Pemerintahan Raja dan Pembesar adalah Terhad.
Struktur politik masyarakat tradisional sebelum kedatangan British adalah berbentuk feudalisme. Sistem ini telah memberikan kuasa mutlak kepada raja atau sultan.
Masyarakat feudal sangat memerlukan perlindungan dan perhubungan peribadi yang saling bergantungan antara yang kuat dengan yang lemah, dan dalam masyarakat ini setiap orang terikat dengan sistem itu. Namun, kesan daripada kolonialisme British telah menyebabkan kuasa raja menjadi terbatas kepada penasihat agama dan adat istiadat orang Melayu. Hal ini dapat dibuktikan melalui Perjanjian Pangkor 1874 menyebabkan kehilangan kuasa oleh Raja Muda Abdullah dari Perak. Keadaan ini sekaligus memperlihatkan kehilangan kuasa raja dan pembesar serta perubahan struktur sosioekonomi masyarakat tradisional tempatan.
Kesan yang jelas dapat dilihat dalam aspek penguasaan ekonomi oleh raja. Ketika dahulu raja adalah pemilik tanah dan penguasa ekonomi kerana memiliki tanah dan boleh mengurniakan tanah kepada sesiapa yang dikehendakinya terutamanya pembesar. Keadaan ini telah memberi faedah kepada sultan atau raja hasil daripada pungutan cukai. Hal ini dapat dibuktikan apabila Sultan Abdullah di Perak menyewakan hak memungut cukai di Muara Sungai Perak sebanyak $24,000 setahun dan Menteri Larut ketika zaman kemuncak 
pemerintahannya pada tahun 1870-1872 mendapat $180,000 setahun daripada lombong-lombong di Larut. Kehadiran kolonialisme British telah menghakis kuasa pembesar dan sultan dalam pemilikan tanah dan penguasaan ekonomi masyarakat setempat. Hal ini rentetan daripada pengenalan dasar ekonomi yang berbentuk bebas atau lebih dikenali sebagai dasar laissez-faire. Keadaan ini telah menyebabkan kemasukan pelabur-pelabur asing untuk melabur dalam sektor ekonomi yang berkembang seperti perlombongan dan perladangan bagi tujuan eksport. Perkembangan ini telah mendorong pemodal mendesak British supaya campur tangan di negeri-negeri Melayu seperti Perak, Selangor dan Sungai Ujong sekitar tahun 1875. Fenomena ini menjadi tunjang kepada kehilangan kuasa pembesar dan raja dan jika terdapat kuasa, mereka hanya berkuasa memungut cukai untuk British dan mereka diberikan gaji atau elaun. Penjelasan ini jelas mengungkapkan kolonialisme British telah mengehadkan kekuasaan sultan dan pembesar dan mengubah struktur politik masyarakat tradisional tempatan kerana tampuk pemerintahan dikuasai oleh British.

Thursday, 12 March 2015

PENJAJAHAN BRITISH


PENDUDUKAN BELANDA

PENDUDUKAN BELANDA
v Belanda telah tiba di Kepulauan  Melayu  pada tahun 1559.
v Matlamat utama mereka ialah untuk mendapatkan  remaph ratus, buah pala dan kayu cengkih.
v Kepesatan perdangan  telah  mendorong pedagang pedagang Belanda bergabung membentuk Syarikat Bersatu Hindia Timur atau V.O.C pada tahun 20 Mac 1602.
v Belanda menubuhkan syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) tahun 1602 untuk menguasai perdagangan rempah di Kepulauan Melayu.
v Pusat utama ialah di Betawi (Jakarta).
v Belanda cuba menguasai perdagangan kain di India dan bijih timah di Negeri-Negeri Melayu.
v 1641 – Belanda menyerang Portugis di Melaka dengan bantuan Kerajaan Melayu Johor.
v Belanda menyekat kapal dagang supaya berdagang di Betawi.
v Penjajahan Belanda berakhir dengan Perjanjian Inggeris-Belanda (Perjanjian London) pada tahun 1824.




BELANDA DI MELAKA
      Pada tahun 1619, Belanda berjaya menguasai Betawi di Pulau Jawa  di mana Betawi menjadi  pelabuhan alternatif kepada para pedagang  dari seluruh dunia.
      Belanda telah beberapa kali  melancarkan serangan ke atas Melaka bagi  memastikan  penguasaan Portugis di Asia Tenggara lenyap sama sekali .
      Selepas  menguasai  Pelabuhan  Melaka , Belanda (V.O.C) telah melaksanakan beberapa dasar emi menjayakan matlamat mereka seperti yang berikut:
v Mewajibkan setiap  kapal pedagang mendapatkan pas kebenaran berdagang untuk  berdagang di Melaka.
v Memonopoli perdagangan bijih timah di negeri negeri Melayu (terutama di Perak,Selangor dan Sungai Ujong) dengann menandatangani perjanjian dengan raja raja Melayu.
      Ketika menduduki Melaka , Belan da dikatakan telah mengumpul hasil hasil timah negeri Melayu berjumlah 500 ribu paun paa akhir abad ke-17 hingga ke-18.
      Pedagang  Cina dikatakan amat meminati timah timah dari Tanah Melayu yang disebut lebih mudah ditempa berbanding dengan timah dari barat



PENDUDUKAN DI PERAK
      Seawal tahun 1639, Sultan Muzaffar Syah 11 (Raja Sulong)  telah membenarkan Belanda menjalankan perdagangan  timah.
      Pada tahun 1641, V.O.C menuntut mono[poli penuh dagangan timah di Perak, tetapi tidak dipersetujui oleh Sultan Muzaffar.
      Belanda kemudian meminta bantuan dari Aceh untuk mendapatkan monopoli tersebut dan Sultan Tajul Alam Safiatuddin hanya memberi kebenaran kepada Belanda untuk berniaga di Perak.
      Akibat daripada kejadian penabalan  Aceh terpaksa tunduk dengan permintaan Gabenor Jeneral Belanda pada ketika itu, iaitu Cornelis van der Lijn.
      Truijtman ke Perak untuk menandatangani satu perjanjian dengan Sultan  Muzaffar pada 15 Ogos 1650 dan seterusnya mendirikan logi mereka  di Kuala Perak. Logi tersebut telah diserang oleh  orang Perak dan menyebabkan 27 orang terbunuh dan logi dimusnahkan.
       Pada tahun 1655,iaitu  semasa pemerintahan Sultan Mahmud Iskandar , sekali lagi Truijman ke Perak untuk menuntut perkara -perkara berikut:
v Perjanjian supaya diperbahui .
v Memonopoli bijih timah sepenuhnya.
v Menuntut kerajaan Perak menghukum orang-orang yang terlibat dalam serangan sebelum ini.
      Sultan tidak melayani tuntutan ini.Akhirnya ,sultan manandatangani perjanjian  dengan Belanda pada 20 Jun 1659 menetapkan hanya Belanda  yang berhak membeli timah di Perak dengan harga 30 rial sebahara.
      1795 akibat beberapa  faktor seperti surat-surat Kew dan status V.O.C  yang dibuBelanda membina semula loginya di Perak.
      Pada tahun  1690, kota dan logi Belanda terpaksa ditutup kerana diserang oleh pemimpin-pemimpin Perak.
      Pada pertengahan abad ke-18, Belanda kembali ke Perak dan menduduki Pangkor.Akibat  satu pertikaian yang tercetus antara  Sultan Muzaffar dengan saudaranya.
      Hasilnya , satu  perjanjian ditantangani pada 25Jun 1747 dan  Belanda diberi kebebasan berniaga timah di Perak.
      Dasar berkerjasama dengan Belanda kemudian diteruskan oleh Sultan Iskandar Zulkarnain.
      Ketika perak di bawaH PEMERINTAHAN Sultan Mahmud Syah(1765-1773),perjanjian Perak-Belanda(V.O.C) .belanda diwakili oleh Everard Cramer.
      Belanda terus berusaha mendapatkan harga yang lebih rendah.Sultan Alauddin Syah,baginda bersetuju menurunkan harga kepada 32 rial.
      Belanda dan V.O.C semakin tertekan apabila pentadbiran [Perak dipangku dipangku oleh Raja Muda apabila Sultan Ahmadin tidak sihat.Akhirnya logi belanda di Tanjung Putus terpaksa ditutup pada tahun barkan.
BELANDA DI SELANGOR
      Di kuala selangor,satu bahara timah dapat dijual dengan  harga 38 rial .Apabila  Belanda menawarkan harga 36 rial. Belanda yang tidak berpuas hati telah menyalahkan Sultan Selangor sebagai bertangungjawab mempengaeruhi penusaha timah I Perak,Rembau dan Lingga untuk menjual timah ke Selangor.
      Dalam suatu pertempuran , Belanda telah berjaya mengalahkan orang Bugis.Satu perjanjian telah dibuat antara Belanda dengan orang Bugis terbabit pada tahun 1758 .
      Kebimbangan Belanda bertambah memuncak apabila Kuala Selangor mula dikunjungi oleh kapal dagang British.Mereka pada mulanya berniaga kain dan candu,kemudiannya mula membeli hasil dagangan timah di sini.
      Pada tahun 1770-an,Sultan Ibrahim memainkan dua peranan penting dalam ekonomi Selangor
v Sebagai pembekal semua hasil timah dari Selangor  kepada British  dengan menawarkan harga yang lebih baik dan tinggi daripada Belanda.
      Mengadakan hubungan baik dengan British  bagi mengelakkan ancaman-ancaman ketenteraan Belanda dari Melaka.
      Sultan ibrahim  telah melihat bahawa hubungan baik dengan British dilihat sebagai  sangat signifikan kerana bukan sahaja mengatasi masalh perdagangan dan politik yang dihadapinya dengan kuasa Belanda dari Melaka,malhan dapat melindungi dirinya daripada ancaman kuasa-kuasa Melayu serantau seperti Kedah,Minangkabau dan Siak.
      Persaingan-persaingan ekonomi sebigini ditambah pula dengan Belanda yang melibatkan Selangor ,akhirnya memaksa Sultan Ibrahim dan Belanda yang melibatkan Selangor ,akhirnya memaksa Sultan Ibrahim dan Belanda menandatangani perjanjian pada 29 Julai 1786.
      Perjanjian ini adalah untuk memastikan aktiviti perdagangan di Selangor dapat terus dijalankan.Perjanjian ini sempat diperbaharui  pada tahun 1790, sehinggalah kemuian Belanda keluar dari Kepulauan Melayu.
      Pada tahun 1795, melalui Surat surat Kew,Belanda telah  ,menyerahkan Melaka dan semua tanah jajahan di Timur buat sementara kepada British bagi  mengelakkan tanah tanah ini jatuh ke tangan Perancis akibat meletusnya Peperangan Napolean di Eropah.
      Apabila peperangan berakhir,British terpaksa menyerahka n semula Melaka kepada Belanda.



PENJAJAHAN BELANDA DI TANAH MELAYU

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgsUT7Kyo3zxULLKd93zRcOVeeK0NBqgMTX9jl447aEk2VI4SasIPO6iQMCfClsW7cB9Eh2lyZ5Uuje_WFOlS-hjg6vyk31_ZJuFgWC0nonWb2mSMIDx0xcKSv0YeLiB7DVAsTCqqhIbCk/s200/voc-heading.jpg
Berikut info mengenai Zaman Penjajahan Belanda. Semoga mendapat manfaat.


Era penjajahan Portugis berakhir setelah 130 tahun menjajah Melaka dan bermula pula era penjajahan Belanda. Ekspedisi yang terawal tiba di Kepulauan Melayu pada tahun 1559. Pedagang Belanda amat berminat untuk berdagang di Kepulauan Melayu ini kerana hendak mendapatkan bahan-bahan rempah, buah paladan cengkih. 

Ini telah mendorong pedagang-pedagang Belanda ini bergabung membentuk “Syarikat Bersatu Hindia Timur” pada 20 Mac 1602 yang digelar V.O.C. Tujuan utama penubuhan VOC adalah menguasai perdagangan rempah dan memonopoli perdagangan bijih timah.Mereka juga ingin menyingkir Portugis yang sedang bergiat dalam perdagangan di rantau Melayu. 

Pada tahun 1619, Belanda telah berjaya menguasai Betawi di Pulau Jawa. Betawi telah dijadikan pelabuhan perdagangan alternatif kepada pedagang-pedagang dunia selain Melaka.Untuk memastikan penguasaan Portugis di Asia Tenggara lenyap sama sekali, Belanda telah beberapa kali melancarkan serangan ke atas Melaka. Akhirnya mereka berjaya menewaskan Portugis dengan bantuan Kerajaan Johor iaitu kerajaan warisan dari Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1641. 

Kerajaan Johor pada ketika tu di bawah pemerintahan Sultan Abdul Jalil, pengganti Sultan Hammat Shah. Belanda cuba meluaskan pengaruhnya dalam perdagangan di negara ini dengan melampaui sempadan Melaka. Pada tahun 1650, Belanda cuba memonopoli perdagangan timah dengan Perak dengan mengadakan satu perjanjian. Walaubagaimanapun, penduduk tempatan mula menyedari sikap mereka itu.Persaingan perdagangan antara Johor dan Belanda sejak persahabatan mereka terjalin selepas kejatuhan Portugis di Melaka nampaknya menjadi seolah-olah “retak menanti belah”.

Ini kerana telah mula timbul perasaan syak wasangka di antara satu sama lain dan
 mereka tidak senang dengan persaingan sebab ianya menjejaskan matlamat monopoli mereka.Keadaan ini akhirnya mencetuskan pertikaian yang melibatkan tindakan ketenteraan oleh pihak Belanda ke atas Johor pada akhir abad ke 18

PENENTANGAN PORTUGIS DI TANAH MELAYU



Monday, 19 January 2015

Pemerintahan Portugis

  • 1511: Alfonso de Albuquerque tiba di Melaka pada 10 Ogos dan membuat permintaan membina sebuah markas Portugis di Melaka tetapi permintaanya ditolak oleh sultan. Selepas 10 hari dengan bantuan pembelot dari kalangan pembesar dan orang dalam istana yang iri hati dan dengki diatas pemashuran Tun Fatimah dan bimbang akan kedudukan jalur keturunannya, pihak Portugis berjaya mengepung dan menawan Kota Melaka pada 24 Ogos dan membina A Famosadalam tempoh enam bulan. Dengan penewasan Sultan Mahmud Shah, pihak Portugis memerintah Melaka selama 130 tahun.

    1513: Patih Unus  Jawa, seorang pahlawan Jawa yang menjadi Sultan Demak di Sumatera menyerang Melaka.

1518-1519: Sultan Mahmud Shah telah mengerah rakyatnya membina tembok tinggi mengelilingi Melaka dalam masa tiga bulan.

1521: Gereja St. Paul dibina oleh Kapten Portugis yang bernama Duarte Coelho dan dinamakan "Our Lady of The Hill", tetapi kemudiannya ditukar oleh pihak Belanda kepada tempat persemadian bangsawan dan dinamakan "Gereja St. Paul".

1523: Sultan Mahmud gagal sekali lagi dalam penawanan Melaka.

1525: Laksamana Hang Nadim telah mengepung Kota A Famosa. Pihak Portugis membuat catuan makanan dari Goa.

1526: Seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan yang melindungi Sultan Mahmud Shah. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatra.

1528: Sultan Mahmud Shah mangkat di Kampar, Sumatera.

1537: Pihak Aceh menyerang pihak Portugis di Melaka pada kali yang pertama.
1545: Buat pertama kalinya, Fr. Francis Xavier tiba di Melaka. Pada keseluruhannya, beliau membuat lima lawatan ke Melaka kerana hendak menjadikan Melaka sebagai pusat operasinya di Timur.

1548: Kolej St. Paul (St. Paul's College), sekolah pertama di Melaka, dibina oleh St. Francis Xavier untuk orang Katolik Portugis dan orang tempatan yang memeluk agamanya.

1551: Gabungan Johor, Japara dan Perak yang mantap telah menawan Melaka dan mengepungnya selama tiga bulan.

1553: St. Francis Xavier meninggal di Pulau Sancian berdekatan Canton, China dan dibawa ke gereja St. Paul selama sembilan bulan persemadiannya sebelum mayatnya dibawa semula ke Goa, India.

1568: Johor membantu Portugis Melaka mematahkan serangan Acheh. Acheh telah mengawal Selat Melaka selama enam puluh tahun.

1582: Pihak Portugis membantu Johor daripada serangan Aceh, dan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah menjadi Sultan Johor pertama yang melawat Melaka.

1587: Johor menyerang pihak Portugis secara besar-besaran melalui serangan tanah daratan dan laut tetapi gagal sewaktu angkatan pihak Portugis sampai dari Goa.
1588: Pelawat Inggeris pertama, Ralph Ritch telah tiba di Melaka.

Wednesday, 14 January 2015

Mengapa Portugis datang ke Timur


Orang Portugis adalah bangsa Eropah yang pertama datang ke Timur dan tiba ke Melaka dengan tujuan kedatangan mereka berkaitan dengan perdagangan rempah. Permintaan rempah sangat tinggi di Eropah. Rempah selalunya digunakan untuk mengawet makanan dan menambahkan kelazatannya dan mereka datang ke Timur sebab mahu mendapatkan rempah terus dari Kepulauan Melayu. 

Ketika itu perdagangan rempah ini dimonopoli oleh saudagar Islam dan Portugis ingin memecahkan monopoli perdagangan rempah yang dikuasai oleh saudagar Islam sejak sekian lamanya.


Tambahan pula, orang Portugis telah lama memusuhi orang Islam sejak mereka kalah dalam Perang Salib pada kurun ke 12 dan mereka ingin meneruskan peperangan tersebut dan ingin menghancurkan kerajaan Islam di Timur serta menyebarkan ajaran Kristian.


Raja Portugal juga menggalakkan rakyatnya melakukan pengembaraan ke seluruh dunia dan menghantar rombongan untuk mencari jalan laut ke Timur.


Pada tahun 1498, Vasco da Gama telah sampai ke India dan mereka berjaya menakluki Goa dan menjadikannya sebagai pusat operasi di Timur. Ini diikuti dengan kedatangan rombongan Lopez de Sequeira ke Melaka pada tahun 1509.
Melaka masih menjadi pusat perdagangan dan penyebaran Islam yang terkenal ketika angkatan laut Portugis diketuai Lopez de Sequira tiba di situ. Ianya telah diarahkan oleh Raja Manuel untuk mendapatkan pangkalan Portugis di Melaka.


Pada mulanya rombongan Portugis itu disambut baik oleh Sultan Mahmud dan dibenarkan berniaga. Tetapi keadaan ni kemudian berubah apabila saudagar Islam dari India telah menasihatkan Bendahara Tun Mutahir supaya berhati-hati dengan orang Portugis yang di anggap musuh Islam.


Bendahara telah memujuk Sultan Mahmud supaya bertindak ke atas orang Portugis. Baginda akhirnya memerintahkan semua orang Portugis ditangkap dan ditahan termasuk seorang pegawai kanan rombangan tersebut iaitu Ruy de Araujo. 


Bagaimanapun, beberapa orang daripada rombangan itu telah terbunuh dan ada yang dapat melarikan diri ke Goa termasuk ketuanya Lopez de Seqeuira.


Peristiwa tersebut telah memberi sebab dan peluang kepada Portugis untuk menyerang Melaka. Walaupun Melaka aman dan makmur, beberapa pergolakan dalam istana yang telah menyebabkan kelemahan pentadbirannya. 


Apabila berita penahanan rombongan Portugis di Melaka sampai ke Goa & Lisbon, Wizurai (Viceroy-wakil/gabenor untuk Raja) Portugis di Goa, Alfonso d’ Albuquerque telah menyiapkan angkatan perang untuk menyerang Melaka.


Raja Portugal menghantar sepasukan tentera laut di bawah pimpinan Diego Mendez untuk tujuan yang sama dan angkatan tentera ini telah bergabung dengan angkatan tentera Alfonso menjadi angkatan perang yang besar.


Portugis telah  menyerang Melaka pada tahun 1509 dan 1511 dan dalam tempoh ini Melaka tidak mempunyai kubu yang kuat di samping sukar menandingi alat-alat senjata Portugis yang lebih canggih dan moden.


Secara keseluruhan, Portugis telah menduduki Melaka selama 130 tahun iaitu dari 1511 ke 1641. Wizurai (Viceroy) yang bertanggungjawab menyusun sistem pentadbiran Portugis di Melaka adalah Alfonso d’Albuquerque.


Portugis mengamalkan sistem pentadbiran berbentuk ketenteraan. Ketuanya digelar Kapten Kota Melaka yang dilantik oleh Raja Portugal untuk bertugas selama 3 ke 4 tahun. Beliau dipilih dari kalangan golongan Fidalgo iaitu golongan bangsawan Portugal.


Seorang Kapten Angkatan Laut juga dilantik sekaligus sebagai timbalan kepada Kapten Kota. Golongan tentera diketuai oleh Kapten Jeneral dan dibantu oleh golongan Feitor.


Kapten Kota dan timbalannya akan dibantu oleh Majlis Penasihat terdiri daripada 3 badan utama iaitu:- Hal Ehwal Militer, Majlis Pentadbiran Sivil dan Kewangan serta Pentadbiran orang tempatan.

Kesan Pendudukan Portugis Di Melaka



Portugis telah menjajah Melaka dari tahun 1511-1641 selama lebih kurang 130 tahun. Banyak kesan peninggalan Portugis yang dapat dilihat hingga ke hari ini, antaranya lahirnya masyarakat Serani beragama Kristian di Melaka hasil perkahwinan orang Portugis dengan penduduk tempatan.


Wujud beberapa perkataan yang berasal daripada bahasa Portugis yang digunakan dalam Bahasa Melayu seperti almari, tuala, jendela dan garpu.Tarian dan nyanyian masyarakat Portugis di Melaka menjadi warisan kesenian negara. Sebahagian daripada binaan tinggalan Portugis seperti ‘A Farmosa’ dan ‘Gereja St. Paul’.

Friday, 2 January 2015

Sejarah Penjajahan Kuasa Asing di Malaysia

Mengimbau Sejarah Penjajahan Kuasa Asing di Malaysia
Penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan
Seperti yang kita sedia maklum, sebelum Tanah Melayu mendapat kemerdekaan, Tanah Melayu telah dijajah oleh beberapa kuasa asing iaitu Portugis, Belanda, British dan Jepun. Penjajahan kuasa-kuasa luar terhadap Tanah Melayu terjadi disebabkan faktor-faktor seperti kuasa pemerintahan yang lemah, sumber ekonomi yang banyak dan banyak lagi.
Penjajahan di Tanah Melayu oleh kuasa-kuasa asing bermula dengan kedatangan dan serangan oleh Portugis ke Melaka. Portugis telah datang ke Melaka pada 11 September 1509 semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Kedatangan dan serangan Portugis ke Melaka berpunca daripada sedikit perselisihan faham, Sultan telah menahan beberapa pedagang Portugis  yang datang berdagang ke Melaka. Alfonso De Alburqaque tiba di Melaka pada Julai 1511 dan menghantar utusan meminta Sultan Melaka membebaskan orang Portugis dan membayar gantirugi. Keengganan baginda telah menyebabkan Melaka diserang dengan 800 orang Portugis dan 600 orang India. Tentera seramai 1400 orang ini telah menambahkan lagi jumlah masyarakat berbilang kaum pada ketika itu. Pada 24 Ogos 1511, Portugis telah berjaya menawan Melaka.
Seterusnya, Tanah Melayu telah dijajah oleh Belanda. Sewaktu Belanda menjajah Tanah Melayu, berlaku rampasan takhta oleh Belanda. Pada tahun 1597, Belanda menyerang Kota Portugis Melaka.Pada tahun 1606, Johor berpakat dengan Belanda untuk menguasai Melaka. Percubaan selama tiga bulan gagal apabila Portugis mendapat bantuan dari Goa. Pada tahun 1636, kapal Belanda telah memusnahkan kapal Portugis dan akhirnya Melaka jatuh ke tangan Belanda pada 14 Januari 1641. Gabenor Portugis, Manuel de Souza Coutinho telah menyerahkan kuasa kepada Kapten Minne Williemson Kaartokoe.
Akibat pergolakan politik dan perebutan takhta di Kedah dan Johor, British telah mengambil kesempatan untuk menakluk Pulau Pinang dan Sigapura. Disini bermulalah penjajahan oleh British. Manakala melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, secara langsung Melaka telah diserahkan oleh Belanda kepada pihak British. Ketiga-tiga wilayah ini telah disatukan di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai negeri-negeri Selat. Penjajahan British di Tanah Melayu bertujuan memenuhi keperluan permintaan bahan mentah untuk industri barat, mencari pasaran baru bagi barangan siap dan mencari peluang baru untuk pelaburan dibarat.
Selepas itu, Tanah melayu telah dijajah pula oleh Jepun. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu juga turut memberi Kesan serba sedikit terhadap pembentukan masyarakat Malaysia yang sedia wujud pada hari ini. Pentadbiran Jepun Di Tanah Melayu dipanggil sebagai Malai Baru oleh Jepun dan ianya diletakkan di bawah kuasa pentadbiran tentera Jepun yang berpusat di Singapura. Sementara itu di Singapura yang dikenali sebagai Snoyan telah diasingkan daripada pentadbiran di Tanah Melayu. Pada tahun 1945 Jepun telah meletakkan senjata dan berundur dari Tanah Melayu.
Selepas Jepun berundur dari Tanah Melayu pada tahun 1945, British kembali memerintah. Kedatangan semula Inggeris membawa usaha-usaha perpaduan melalui pembentukan Jawatankuasa Perhubungan Kaum.Namun begitu sokongan rakyat terhadap mereka luput sama sekali kerana merasakan mereka lemah dan tidak mampu menentang Jepun selama 5 tahun penaklukan Jepun di Tanah Melayu.Perkara ini membawa kepada tuntutan kemerdekaan oleh penduduk Tanah Melayu berbilang kaum daripada pihak British.
Kesan dari penjajahan British telah memberi impak positif dan negatif kepada pembangunan dan keamanan negara yang dapat dinilai perkembangannya dari masa ke semasa hingga ke hari ini.