Sunday 15 March 2015

Kesan-kesan kedatangan British ke Tanah Melayu

Kesan-Kesan Kedatangan Barat ke Asia Tenggara

Dasar imperialisme yang dilaksanakan oleh kuasa Barat ke atas negara-negara Asia Tenggara telah meninggalkan kesan yang mendalam dari segi politik, ekonomi, dan sosial.


Politik
Aspek pemerintahan dan pentadbiran yang dahulunya diterajui oleh orang tempatan telah diambil oleh penasihat dan pentadbir British. Perubahan dalam bidang pemerintahan oleh pentadbir Barat selari dengan pengenalan sistem perundangan Barat sesuai dengan anggapan mereka bahawa sistem pentadbiran masyarakat peribumi adalah ketinggalan zaman dan tidak sesuai dipraktikkan lagi. Ini dapat dilihat apabila banyak negara Asia Tenggara diperintah melalui secara lansung oleh pihak penjajah melalui sistem birokrasi yang dimonopoli oleh orang Barat. Bagi meningkatkan soal-soal agama dan adat istiadat, pemimpin tempatan dilantik semata-mata bertujuan bahawa, penjajah Barat masih lagi memerlukan dan menghargai kepimpinan mereka. Wujud persaingan antara kuasa-kuasa Barat dalam usaha mereka mendapatkan kawasan tanah jajahan baru lantas persaingan ini dapat diselesaikan dengan menetapkan kawasan pengaruh masing-masing supaya tidak tercetus peperangan di Asia Tenggara.


Ekonomi
Kedatangan kuasa Barat di Asia Tenggara telah merubah keadaan ekonomi negara yang dijajah. Di Tanah Melayu, kegiatan perlombongan dan perladangan getah telah dijalankan secara besar-besaran bagi memenuhi keperluan perkilangan di Britain. Manakala di Indonesia, Belanda telah memperkenalkan beberapa dasar Ekonomi yang hanya menguntungkan mereka seperti Dasar Kultur, Dasar Liberal, dan Dasar Etika. Dasar-dasar ini dilaksanakan dengan penuh muslihat sehingga menjadikan Belanda sebagai satu kuasa Barat yang kaya di Eropah. Tetapi masyarakat peribumi di Indonesia masih lagi mundur ditindas semata-mata untuk kepentingan pihak Belanda.

Bentuk ekonomi masyarakat Asia Tenggara bersifat sara diri telah berubah kepada sektor berorientasikan perdagangan dan eksport dengan pengenalan tanaman baru seperti teh, tebu, kopi, getah dan nenas. Sektor perladangan, perlombongan dan perindustrian juga telah diperkenalkan oleh pemodal Eropah yang mempunyai modal yang banyak. Banyak kawasan perladangan yang besar telah diterokai. Tenaga buruh telah dibawa dari China dan India bagi memenuhi permintaan tenaga buruh yang tidak mencukupi.

Masyarakat tempatan tinggal hanya di luar kota. British pula menumpukan pembangunan tanah jajahan mereka hanya di Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Manakala Sabah dan Sarawak, British hanya menumpukan perhatian di Bandar-bandar seperti Jesselton, Sandakan, Miri, Sibu dan Kuching. Selain memperkenalkan sistem ekonomi bebas, mereka juga menggalakkan kemasukan orang Cina dan India untuk memajukan negeri-negeri tersebut. Orang-orang Cina umpamanya menggunakan kemahiran teknologi yang diwarisi daripada negeri asalnya seperti pembangunan bangunan (Bandar), melombong dan pertanian. Kemahiran dalam bidang perdagangan memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan ekonomi di Bandar-bandar dan kawasan-kawasan sekitar;(Samri Sainuddin.:2003:64-65).

Sektor perlombongan bijih timah semakin berkembang pesat dengan pengenalan kaedah baru dalam perlombongan iaitu kapal korek yang mengeluarkan bijih timah dalam kuantiti yang banyak. Ekonomi tradisional penduduk peribumi yang bergantung kepada kawasan sungai sebagai alat pengangkutan telah terpinggir dengan pembinaan jalan raya dan kereta api. Pelabuhan tradisi negara-negara Asia Tenggara yang berpusat di muara sungai juga turut terpinggir akibat pertumbuhan bandar baru yang kemudiannya menjadi nadi penggerak kepada pembangunan ekonomi penjajah.

Wujud dua jenis ekonomi, ekonomi moden yang berorientasikan eksport dan ekonomi tradisional yang dijalankan untuk tujuan sara diri. Ekonomi moden dikuasai oleh imperialisme Barat manakala penduduk tempatan menjalankan ekonomi sara diri. Perkembangan ekonomi berdasarkan sistem matawang telah menyebabkan wujud jurang perbezaan antara sistem ekonomi tersebut. Pemerasan ekonomi yang dilakukan oleh imperialisme Barat ke atas masyarakat Asia Tenggara menyebabkan timbul keinginan masyarakat peribumi untuk membebaskan diri daripada belenggu penjajah. Penentangan dan kebangkitan masyarakat peribumi menentang penindasan politik, ekonomi, dan sosial yang dilakukan oleh imperialisme Barat dinamakan sebagai nasionalisme.


Sosial
Pendidikan Barat telah diperkenalkan oleh kuasa Imperialisme ke atas negara yang dijajah tetapi terhad kepada kawasan di bandar sahaja. Pendidikan Barat ini bertujuan menyediakan golongan pentadbir bawahan bagi mengisi jawatan rendah seperti kerani, juru kira, juru ukur dan juru teknik dalam sistem birokrasi moden yang diperkenalkan oleh kuasa Barat. Pengajarannya menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantaraan. Sekolah-sekolah mubaligh Kristian telah ditubuhkan bagi menyebarkan agama Kristian dikalangan penduduk peribumi di samping membenarkan sekolah jenis venikular berkembang.

Mereka yang mendapat pendidikan peluang masa hadapan yang lebih cerah dalam bidang kerjaya, tetapi bagi mereka yang mendapat pendidikan di sekolah-sekolah vernikular sukar mendapat pekerjaan. Sesetengah golongan rakyat tempatan pula terpengaruh dengan fikiran, budaya dan sikap orang putih sehingga mendewa-dewakan "orang putih" dan tamadun Barat. Kepincangan dalam sistem pendidikan ini telah memaksa kerajaan peribumi memperbaikinya selepas mencapai kemerdekaan. Pekembangan pesat ekonomi berorientasikan eksport telah menyebabkan buruh-buruh asing telah dibawa dari pelbagai negara bagi memenuhi keperluan tenaga buruh. Kedudukan buruh asing pula telah mengubah komposisi kaum di Asia Tenggara sehingga mewujudkan jurang yang ketara dengan penduduk peribumi akibat perbezaan agama, bahasa, budaya, dan adat. Dasar ini diburukkan lagi oleh kuasa Barat yang menjalankan dasar pecah dan perintah yang menghalang wujudnya perpaduan kaum


Kesimpulannya, orang Eropah memang suka berperang dan gemar menjadikannya sesuatu itu miliknya. Tidak ada setahun berlalu dalam sejarah mereka tanpa mereka berlawan, tanpa mereka berperang. Keamanan tidak bermakna tidak berlawan, hanya tiada perang yang rasmi. Dan oleh itu hari ini sekali lagi mereka berbelanja wang demi keupayaan peperangan mereka hanya untuk berada dalam keadaan sedia dan untuk menggerunkan orang lain. Sekali-sekala mereka akan melontar bom dan peluru untuk memuaskan naluri perang mereka

89 comments:

  1. Replies
    1. PT3 ada apa tajuk yang berkenaan ?

      Delete
    2. Peluasan kuasa British di Tanah Melayu.

      Delete
    3. saya punya adalah kesan-kesan ekonomi dan sosial akibat kedatangan kuasa Barat

      Delete
    4. Perkembangan ekonomi diatas kedatangan kuasa asing ))

      Delete
    5. janganlah macam tu TvT it's actually good

      Delete
  2. Tukar warna tulisan sbb x nmpk kat tepi tu. Tq

    ReplyDelete
  3. Faktor faktor kedatangan kuasa barat ke alam melayu pada abad ke 16 ada?

    ReplyDelete
    Replies
    1. KEDATANGAN KUASA BARAT KE NEGARA KITA MENDATANGKAN KESAN NEGATIF TERHADAP MASYARAKAT? BOLEH TANYA ADA YANG TAHU TAK?

      Delete
  4. Sangat berguna utk buat TST3 2019.Tqvm

    ReplyDelete
  5. this reaaly helps to do my tst3 assignment 2019.thanks tough for these infos

    ReplyDelete
  6. it helps me do my tst3 assignment 2019. tq very much

    ReplyDelete
  7. same like me .. Thnkyou very muuuch

    ReplyDelete
  8. it's really helpful . thanks

    ReplyDelete
  9. haha semua nak buat TST3 2019 LOL

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah settle TST3 2019 aku... Fuh... Tqvm

    ReplyDelete
  11. Berguna utk tajuk kerja kurus pt3

    ReplyDelete
  12. woi hang ingat stail kottt

    ReplyDelete
  13. nice senang nk buat kerja kursus

    ReplyDelete
  14. latar belakang nak cari mana?

    ReplyDelete
  15. apo bondo lah nate nih ? otak tak empok pgi pgi nih . brr .

    ReplyDelete
  16. Tidak nampak tulisan tolong bantu

    ReplyDelete
  17. Tidak nampak tulisan di tepi
    -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. I'm on computer and everything is visible. Are you on mobile, perhaps?

      Delete
  18. Tolong buang gambar tu please sbb x nampak tulisan

    ReplyDelete
  19. Bro nk Tanya tema kedatangan Kuala asing mcm mana cari maklumat tentang emas

    ReplyDelete
  20. Thanks a lot!! I referenced (actually, I copied, hehe) this for my PT3 Sejarah project! Very informative and helpful, especially considering that the textbook has zero info about the kesan-kesan. Everything else, yes, but kesan... haishh.

    ReplyDelete
  21. HAHAHHAHHA finally my TST3 doneeeeeeeee !!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  22. Tq siap keje kusus😅😅

    ReplyDelete
  23. thanks for this article. it's really helpfull .
    i can't believe that i can done my assignment until i saw this article :)


    ReplyDelete
  24. Tq sebab ada jawapan ni 😂

    ReplyDelete
  25. can i get the name for the writer of this article?

    ReplyDelete
  26. Thankyou so much.Sangat2 mmbantu.Cuma tulisan tu tk jelas sngat sbb background dia.But its okay.Thankyou again.

    ReplyDelete
  27. Soalan saya-sejauhmanakah perubahan pentadbiran yang dibawa oleh kuasa barat memberi kesan kepada penduduk tempatan

    ReplyDelete
  28. Can you help me to solv thise question?

    ReplyDelete
  29. Membantu dalam kerja lapangan sejarah tingkatan 3

    ReplyDelete
  30. Senang sebab boleh dapat maklumat Yang berguna setal saya punya kerja kursus sejarah fig😊😊😊😊😍😍😍😍🤗🤗🤗🤗

    ReplyDelete
  31. tak nampak perkataan dekat hujung tu

    ReplyDelete
  32. Tulisan di hujung tidak nampak

    ReplyDelete
  33. Currently doing kerja kursus, thanks for the helpful info !!!

    ReplyDelete
  34. Terima kasih... Sangat membantu..

    ReplyDelete
  35. Hi! Goodjob ! Membantu sangat untuk saya siapkan kajian kes 🥰 pt3 🤍

    ReplyDelete
  36. Yang kesimpulan tu , saya rasa kite boleh kaitkan dan ubah sedikit bahagian tu dan isikan ke dalam E)Berikan cadangan bagi mengelakkan penjajahan masa kini.Btw kalau salah jgn marah saya suggest je and goodl luck for who birth at 2006 we ar same.....haha bye luv u..

    ReplyDelete